Tag: Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd

Hong Leong Yamaha Motor lancar Y15ZR GP Edition 2018

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) secara rasminya kini melancarkan Yamaha Y15ZR GP Edition 2018 untuk pasaran tempatan, versi terbaharu GP Edition buat kali yang ke-4. Menurut HLYM, para pemilik bertuah yang membeli motosikal ini akan turut menerima model miniatur Y15ZR GP Edition dan jam tangan kecergasan Y15ZR yang eksklusif. (more…)

Selamat tinggal Yamaha 125ZR, pengeluaran telah ditamatkan

Walaupun model dua lejang legenda Yamaha 125ZR masih boleh didapati di pasaran ketika ini, ianya merupakan saki-baki pengeluaran yang hanya menunggu masa sahaja untuk habis dibeli oleh peminat setia. Berdasarkan laporan terdahulu, enjin terakhir Yamaha 125ZR yang dikeluarkan adalah dalam tahun lepas, pada tarikh 27 Disember 2017. (more…)

Yamaha Y15ZR 2018 warna kuning baharu kini di pasaran

Sejak beberapa bulan yang lepas, model moped 150cc popular Yamaha Y15ZR di pasaran Malaysia telah menerima pilihan warna kuning terbaharu. Ianya sebagai tambahan kepada tiga warna sedia ada seperti hitam, biru dan merah. Warna kuning yang diperkenalkan ini ternyata mempunyai penampilan tersendiri yang lebih sporty dan menyerlah. (more…)