Yamaha SR-Z 125 model tahun 1993

Menurut sumber maklumat yang agak terhad, Yamaha SR-Z 125 model keluaran tahun 1993 ini dilengkapi enjin empat lejang bersesaran 125cc. Model ini mempunyai reka bentuk yang sama dengan model Yamaha RX-Z, cuma perbezaannya ialah dari segi penggunaan enjin sahaja, di mana RX-Z dilengkapi enjin jenis dua lejang. (more…)

Suzuki Virus 1000R ditawarkan di pasaran Eropah

Model naked Suzuki Virus 1000R merupakan sebuah model yang amat jarang didengar sebelum ini, apatah lagi pasarannya adalah terhad di Eropah. Suzuki Virus 1000R model tahun 2019 ini, atau juga dikenali dengan nama Suzuki Virus II, ditawarkan oleh pengedar Suzuki di pasaran Switzerland, selepas kejayaan model terdahulu Virus I. (more…)

Honda RS150R berharga RM30,865.87 di pasaran Singapura

Seperti mana kita semua sedia maklum, nilai mata wang Dollar Singapura adalah lebih mahal berbanding nilai mata wang Ringgit Malaysia. Di samping itu, jumlah pendapatan pekerja di negara republik yang terletak berjiran itu juga jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan pekerja di negara kita. (more…)