Suzuki Gixxer 250 akan dilancarkan dalam versi fairing penuh untuk pasaran India pada 20hb. Mei 2019

Suzuki mempunyai pasaran motosikal yang cukup besar di negara India. Dalam kategori di bawah 200cc, syarikat tersebut¬†menawarkan model Gixxer versi naked dan Gixxer SF dengan penampilan full fairing sporty, kedua-duanya dikuasakan enjin 154.9cc (4-stroke, 1-cylinder, Air-cooled, SOHC, 2 Valve, 5-speed). Model-model lain yang ditawarkan berupa skuter, motosikal besar dan motosikal dalam kategori off-road. (more…)

Benelli 302S model tahun 2019 di pasaran Thailand

Untuk pasaran Thailand, model terbaharu Benelli 302S telah ditawarkan dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu hijau, putih, merah dan hitam. Model tersebut dikuasakan enjin parallel twin-cylinder dengan sistem electronic fuel injection, double overhead camshaft timing dan four valves, seterusnya menghasilkan kuasa dan tork masing-masing pada 38hp @ 11,000rpm dan 25.6Nm @ 9,750rpm. (more…)

Ducati Monster 821 Stealth 2019 kini di pasaran

2019 Ducati Monster 821 Stealth

Salah sebuah model keluaran Ducati yang diperkenalkan di pasaran untuk musim jualan tahun 2019 ialah Ducati Monster 821 Stealth. Model tersebut hadir dengan warna hitam matte dan grafik yang dikemaskini, di samping kelengkapan standard seperti adjustable fork dan Ducati Quick Shift up/down, menjadikannya sebagai sebuah jentera naked yang lebih efektif ketika berada di atas jalan raya. (more…)