Warna baharu untuk Honda MSX125 2017 di pasaran Malaysia

Honda MSX125 merupakan sebuah motosikal bersaiz kecil dan kompak, namun hadir dengan rekaan dan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya berbanding model-model lain yang lebih besar. Untuk pasaran Malaysia, Honda MSX125 dilancarkan dalam bulan Disember 2016, dengan harga jualan asas ditetapkan sebanyak RM11,128.94.

Pada penghujung bulan Mei 2017, Honda MSX125 diperkenalkan semula, namun kali ini ianya didatangkan dengan empat pilihan warna terbaharu yang lebih menarik dan sporty, seperti ‘Candy Caribbean Blue Sea’, ‘Mat Axis Grey Metallic with Candy Ultimate Pink’, ‘Pearl Valentine Red’, dan ‘Mat Axis Grey Metallic with Lemon Ice Yellow’.

Harga yang ditawarkan masih sama, termasuklah jaminan selama 2 tahun atau perbatuan 20,000km, yang mana tiba dahulu. Antara pesaing utama Honda MSX125 di pasaran Malaysia ketika ini ialah Kawasaki Z125 Pro, Benelli TNT 135, atau mungkin juga ianya menerima saingan daripada model terbaharu Demak Sprinter 125.

Honda MSX 125 Specification:

ENGINE
Type4 stroke air cooled single cylinder
Displacement125cc
Bore ´ Stroke52.4mm x 57.9mm
Compression Ratio9.3:1
Max. Power Output7.2Kw @ 7000rpm
Max. Torque11Nm @ 5250rpm
Oil Capacity1.1 litres
FUEL SYSTEM
CarburationPGM-FI
Fuel Tank Capacity5.7 litres
ELECTRICAL SYSTEM
StarterElectric Auto Start
Battery Capacity12V 3.5AH
DRIVETRAIN
Clutch TypeMultiplate Wet Clutch
Transmission Type4 speed
FRAME
TypeBack Bone
CHASSIS
Dimensions (L´W´H)1755mm x 730mm x 1000mm
Wheelbase1200mm
Ground Clearance160mm
Kerb Weight104kg
SUSPENSION
Type FrontTelescopic
Type RearMono shock / Swing Arm Unit
WHEELS
Rim Size Front12 x MT2.75
Rim Size Rear12 x MT2.75
Tyres Front120/70-12
Tyres Rear130/70-12
BRAKES
Type FrontHydraulic Disc
Type RearHydraulic Disc