Yamaha YZF-R15 model tahun 2016 terbaharu diperkenalkan untuk pasaran Indonesia

Yamaha kelmarin secara rasminya memperkenalkan Yamaha YZF-R15 model tahun 2016 terbaharu untuk pasaran Indonesia, yang kini didatangkan dengan tiga pilihan warna terbaharu lebih segar dan menarik. Ketiga-tiga warna tersebut yang tampil dengan corak grafik lebih sporty dan bergaya ialah ‘Speed Grey’, ‘Supernova White’ dan ‘Race Blue’.

Menurut Yamaha Motor Indonesia, harga yang ditawarkan untuk Yamaha YZF-R15 2016 tidak berubah dan kekal sebanyak Rp 29,800,000 (OTR Jakarta). Pada masa yang sama, varian edisi terhad lagi istimewa Yamaha YZF-R15 Ohlins Special Edition turut diperkenalkan dengan ciri unik dan premium apabila dilengkapi suspensi belakang monoshock berjenama Ohlins.

Tersedia untuk tempahan dalam tempoh singkat hanya sebulan bermula dari 15 Mac sehingga 14 April 2016, Yamaha YZF-R15 Ohlins Special Edition boleh ditempah secara online melalui laman sesawang khas http://r15.yamahamotoronline.com/. Harga yang ditawarkan untuk model berkenaan pula sedikit tinggi iaitu mencecah Rp 32,800,000 (OTR Jakarta).

Sedikit info mengenai spesifikasi teknikal Yamaha YZF-R15 2016, ianya dikuasakan enjin empat lejang berkapasiti 149.80cc dengan sistem SOHC dan sistem penyejuk cecair, menghasilkan kuasa maksimum 16.59 PS @ 8,500rpm dengan tork setinggi 14.5 Nm @ 7,500rpm. Saingan utamanya ketika ini ialah Honda CBR150R 2016 yang baru saja dilancarkan.