TVS Akula 310 versi ‘full fairing’ BMW G 310 R

Bertempat di Auto Expo 2016 yang berlangsung di New Delhi, India dalam bulan Februari yang lepas, TVS Motor Company (TVS) telah mempamerkan sebuah model konsep bercirikan perlumbaan – TVS Akula 310. Model konsep tersebut diasaskan daripada model BMW G 310 R yang dibangunkan oleh BMW dan dipasang oleh TVS untuk pasaran global.

Model konsep TVS Akula 310 mempunyai penampilan yang sangat berbeza berbanding BMW G 310 R, memandangkan ianya dilengkapi kelengkapan ‘full fairing’ yang sporty dan kelihatan agresif, manakala BMW G 310 R adalah sebuah model ‘naked’. TVS Akula 310 mempunyai ciri-ciri menarik dalam pembinaannya, berdasarkan senarai berikut yang disiarkan secara rasmi oleh TVS di dalam laman sesawang mereka :

  • Stiff space frame chassis with lightweight carbon fibre bodywork
  • Quick shift 6-speed transmission
  • Powerful heat management system
  • On-board gyro cameras
  • Steering damper & fully functional digital speedo
  • Engine : 310cc 4-Valve (DOHC)
  • Wheel Base : 1,364 mm
  • Tyre Front : 120/70-R17
  • Tyre Rear : 160/60-R17
  • Kerb Weight : 130 Kg

Model konsep TVS Akula 310 dikatakan hanya sebagai model pertunjukan sahaja buat masa ini bagi meraikan sejarah TVS sepanjang penglibatan mereka di dalam arena perlumbaan bermotor sejak lebih 30 tahun yang lalu. Untuk melihat versi standard model berkenaan dengan spesifikasi yang lebih mesra pasaran, dikatakan kita perlu menunggu sehingga tahun depan jika ianya benar-benar akan dikeluarkan untuk jualan di pasaran semasa.