Galeri : Yamaha TMAX LUX MAX 2016

Selepas TMAX dan TMAX IRON MAX versi peningkatan tahun 2016, Yamaha memperkenalkan versi lebih eksklusif, lebih bergaya dan lebih berprestij untuk model skuter maxi keluarannya itu, dikenali dengan nama TMAX LUX MAX. Menurut Yamaha, model edisi istimewa tersebut tampil dengan beberapa komponen dan grafik eksklusif berkualiti tinggi lagi canggih.

Senarai ciri-ciri eksklusif untuk TMAX LUX MAX terbaru adalah seperti plat pemijak kaki aluminium, tempat duduk istimewa, kemasan panel meter eksklusif, pelekat lambang edisi istimewa, warna ‘Nimbus Grey’ yang menarik, logo nama LUX MAX yang istimewa dan logo TMAX bersadur krom. Saksikan galeri gambar-gambar menarik Yamaha TMAX LUX MAX 2016.