Suzuki GSX-S1000 ‘Yoshimura Special Editions’ diumumkan

Suzuki UK mengumumkan ketibaan GSX-S1000/A dan GSX-S1000FA ‘Yoshimura Special Editions’, yang kini didatangkan dengan pelbagai komponen Yoshimura dan kit grafik terbaru, termasuk seleksi aksesori asli terpilih. Kedua-dua model akan dilengkapi ekzos Yoshimura R11, di samping aksesori Yoshimura seperti ‘steering stem nut’, ‘timing plug’, ‘oil filler cap’ dan ‘bar ends’.

Untuk maklumat selanjutnya, berikut ialah sebahagian daripada siaran akhbar berkaitan yang diterbitkan oleh Suzuki UK ;

Other additions include wheel rim tape, tank pad, fuel cap trim, paddock stand bobbins, matt black levers, heel plate trim, and a special graphics kit, which adds to the aggressive styling of both GSX-S machines. The pillion footrests are also removed and a pillion seat cowl provided, to enhance the sharp styling of the bike’s seat unit. Both the pegs and pillion seat will be supplied to customers as part of the RRP.

Boleh didapati melalui wakil pengedar sah Suzuki di pasaran UK bermula bulan Mac depan, versi tanpa ABS untuk GSX-S1000 edisi istimewa Yoshimura didatangkan dengan tanda harga yang disyorkan sebanyak £9,799, manakala varian ABS ditawarkan pada harga £10,299. Versi GSX-S1000FA pula boleh dimiliki pada harga yang ditetapkan sebanyak £10,699.