Galeri : model terbaru BMW R nineT Scrambler

BMW Motorrad memperkenalkan model terbarunya BMW R nineT Scrambler di acara pertunjukan motosikal EICMA 2015 yang berlangsung dalam bulan November tahun lepas, memperlihatkan sisi retro motosikal yang digandingkan dengan kemampuan meredah laluan lasak dan mencabar. Bersama-sama model R nineT Roadster, BMW Scrambler ini secara tidak langsung menawarkan pengalaman baru untuk merasai sendiri arena permotoran bersejarah BMW Motorrad.

BMW R nineT Scrambler terbaru dijangka akan berada di pasaran mulai suku ketiga tahun 2016. Ianya dikuasakan enjin boxer yang cukup berkuasa (Air/oil-cooled 2-cylinder boxer engine with a capacity of 1170cc. Output 81kW (110hp) at 7,750 rpm, maximum torque of 116Nm at 6,000 rpm), dan tampil dalam warna ‘Monolith metallic matt’ dengan gaya klasik yang cukup menarik. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik model berkenaan dalam galeri di bawah.