Kemaskini terbaru BMW Motorrad untuk model tahun 2016 – BMW K 1600 GT, GTL & GTL Exclusive

Sebagai model tahun 2016, BMW K 1600 GT, BMW K 1600 GTL dan BMW K 1600 GTL Exclusive kini bukan saja boleh didapati dengan pilihan warna terbaru, malah turut menampilkan teknologi ABS Pro dan ‘dynamic brake light’ yang kini merupakan spesifikasi keselamatan standard untuk ketiga-tiga versi model berkenaan.

Pilihan warna terbaru yang tersedia pula ialah ‘Cosmic blue metallic / Black storm metallic’ (GT), ‘Ocean blue metallic matt’ (GTL) dan ‘Sparkling storm metallic’ (GTL Exclusive). Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik BMW K 1600 GT, BMW K 1600 GTL dan BMW K 1600 GTL Exclusive edisi tahun 2016 dalam galeri di bawah.