Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha X-MAX 125 model tahun 2017 di pasaran Eropah

Yamaha X-MAX 125 model tahun 2017 untuk pasaran Eropah telah diperkenalkan baru-baru ini, hadir dengan enjin 124cc (Single cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, SOHC) dengan gandingan sistem transmisi V-Belt Automatic. Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin bertaraf EURO4 itu mencapai 10.6kW @ 8,750rpm dengan tork 12.14Nm @ 6,750rpm. (more…)

Demak Dart DXT 225 di pasaran Sri Lanka

Model terbaharu Demak Dart DXT 225 dilancarkan di pasaran Sri Lanka dalam bulan September 2016 yang lepas, tampil dengan reka bentuk yang menarik dan sporty. Model tersebut dikuasakan enjin berkapasiti 223cc (4-Stroke, SOHC, Air & Oil Cooled Vertical Engine), yang kemudiannya dipadankan transmisi 6 kelajuan (1 Down 5 Up). (more…)

HLYM akan melancarkan model baharu pada 15 Januari 2017

Berdasarkan laporan awal daripada laman Facebook Yamaha Events Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. akan melancarkan sebuah model motosikal terbaharu pada 15 Januari 2017. Majlis pelancaran dijadualkan berlangsung di Genting Highlands. Setakat ini sekeping imej ‘teaser’ yang memberikan sedikit bayangan mengenai model tersebut telah didedahkan, namun kelihatannya agak sukar untuk kita meneka model apakah itu. (more…)

Suzuki GSX250R akan berada di pasaran Jepun mulai April 2017

Pencabar terbaharu dalam kelas supersport 250cc, Suzuki GSX250R 2017 telah diumumkan akan berada di pasaran Jepun mulai bulan April 2017. Model tersebut sebelum ini telah dijual di pasaran China sejak Disember 2016. Menurut Suzuki Jepun lagi, pasaran GSX250R seterusnya adalah pasaran Eropah termasuklah pasaran-pasaran global yang lain. (more…)

KTM RC 125, RC 200 dan RC 390 model tahun 2017

2017-ktm-rc-125

KTM RC 125 2017

Hasil pemerhatian di dalam laman sesawang KTM di pasaran global, didapati tiga model supersport iaitu RC 125, RC 200 dan RC 390 telah ditandakan sebagai model tahun 2017. Bagi model RC 125 dan RC 390, kedua-duanya hadir dengan warna dan grafik terbaharu.
(more…)

Page 1 of 38123...Last »
Motosikal 2017